Sunday 30 October 2011

::mAnGkUk yAnG cAnTiK, mAdU dAn sEhElAi rAmBuT::

MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

Rasulallah saw, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthman r.a, dan Ali r.a bertemu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, ISTERINYA Sayyidatina Fatimah r.h.a puteri Rasulallah s.a.w menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulallah s.a.w kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingann terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut.

Umar r.a berkata, “Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”

Uthman r.a berkata, “Ilmu itu lbeih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih susah dari meniti sehelai rambut.

Ali r.a berkata, “Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”

Fatimah r.h.a berkata, “Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”

Rasulallah s.a.w berkata,” seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang acntik ini, beramal dengan amal yang baik adalah lebih manis dari madu ini, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”

Malaikat jibrail as berkata, “Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat adalah lebih susah dari meniti sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman, “Syurgaku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaku itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”

~kEcAnTiKaN LeLaKi & kEgAgAhAn wAnIta~


Kecantikan Lelaki
 
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani 
Lelaki yang cantik.....
  • Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
  • Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
  • Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
  • Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
  • Adalah lelaki yang baik sangka dan,
  • Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
  • Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
  • Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
  • Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..
Kegagahan Wanita
 
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.....
  • Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
  • Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
  • Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
  • Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
  • Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
  • Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
  • Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...
 

~aPa aDa dGn pEsAn aToK~ ^_^

        Pesan Orang Tua

ORANG KATA.. enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA.. exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!

ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..

AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!

ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. successful people have a good time
management,ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya ,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!

ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

Friday 28 October 2011

:::BeRkAt BiSmiLlaH::::


BERKAT BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

....~DoA BuAt KeKaSiH~....


 DOA UNTUK KEKASIH
****************************
 
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ..
Ya Allah....
Seandainya telah Engkau catatkan....
Dia milikku tercipta buatku....
Satukanlah hatinya dengan hatiku....
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi....
Ya Allah  Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi.... 
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.... 
Ke tepian yang sejahtera dan abadi.... 
Maka jodohkanlah kami....
Tetapi ya Allah.... 
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku....
Bawalah dia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah dia dari ingatanku....
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan....
Menolak bayangannya jauh ke dada langit....
Hilang bersama senja yang merah....
Agarku sentiasa tenang....
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan....
Adalah yang terbaik untuk ku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui....
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini....
Ya Allah.....
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat....
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian....
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran....
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah....
Ya Allah.....
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka....
AMIN...AMIN...AMIN.... Ya rabbal 'aalamin

~4 MaCaM mAnUsIa~


Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :

1. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang       berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

2.Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

.Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

4.Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Thursday 27 October 2011

Budak Mengandung di China

Pelik tapi benar! Itulah yang terjadi kepada sorang budak perempuan yang berusia 1 tahun yang kini sarat mengandung dan dipercayai dia mengandungkan kembar parasitnya!

Petikan dari Metro Online
BEIJING: Doktor di China terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun mempunyai bayi di dalam perutnya.
Kang Mengru mencetuskan kehairanan di kalangan doktor apabila perutnya terus membesar.
Imbasan CT yang dijalankan terhadapnya mendapati kejadian itu disebabkan janin di dalam perut Kang.
Doktor percaya janin itu adalah kembar parasitnya. Kang kini menanti masa untuk menjalani pembedahan bagi membuang janin berkenaan. – Agensi

Siasat nikah 'pelik' di IPTA

BERITA UTAMA , utusan
Siasat nikah 'pelik' di IPTA
Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 20 Feb. - Jabatan agama diminta menyiasat dakwaan tujuh 'pasangan pengantin' telah dinikahkan oleh rakan sekuliah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di ibu negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehingga kini, pihaknya belum menerima laporan berhubung kegiatan tersebut dan menyerahkan kepada jabatan agama untuk meneliti kes itu terlebih dahulu.

"Sekiranya apa yang dilakukan oleh pelajar yang terlibat itu salah, kita akan ambil tindakan susulan," katanya pada sidang akhbar selepas program perasmian penutup Latihan Akuakultur Usahawan Siswazah di Kampung Kong Kong, Masai di sini hari ini.




Semalam, sebuah akhbar tabloid melaporkan mengenai majlis pernikahan di sebuah IPTA di ibu negara di mana pengantin, saksi, wali, tetamu dan tok kadi terdiri daripada rakan sekuliah.

Mohamed Khaled meminta pihak pentadbiran universiti sentiasa memantau kegiatan penuntut mereka agar tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dan peraturan.

Dalam perkembangan lain, beliau menyarankan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti supaya mengikut langkah Universiti Malaya (UM) menubuhkan pusat keusahawanan di universiti masing-masing.

Katanya, Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (Pusmal) telah berjaya melatih 20 graduan dari pelbagai institusi pengajian tinggi dalam projek ternakan ikan sangkar usahawan siswazah (Aquasympreneur).

"Kita berharap agar institusi pengajian tinggi yang lain mengikut jejak UM untuk melahirkan lebih banyak graduan dalam bidang keusahawanan.

"Kita mahu keusahawanan dijadikan sebagai kerjaya pilihan kepada graduan yang bercita-cita menjadi majikan bukannya pekerja," ujarnya.

Wednesday 26 October 2011

sharing is caring....v^_^v



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Selamat melayari blog ini yang pertama kali. Semoga pembaca blog ini senang dan di rahmati Allah SWT selalu. Segala kekurangan di dalam blog ini harap di maafkan dan segala informasi kita sama-sama kongsikan disini "sharing is caring". 
Setiap penyakit ada penawarnya, segala duka tentu ada kegebiraannya, begitu juga dengan masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Lumrah kehidupan, semestinya menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan untuk lebih mendewasakan kita. Namun begitu, sebuah kehidupan harus diteruskan dan cuba mengecapi impian dan harapan.