ANGAN-ANGAN
Sufyan ats-Tsauri memberikan nasihat kepada sahabatnya:
“Carilah usaha yang halal,bergaullah dengan orang-orang yang usahanya halal, makanlah makanan dari orang-orang yang usahanya halal.
Hai saudaraku, ketahuilah bahawa tidaklah seseorang menjauhkan diri dari barang haram kecuali dia menyayangi darah dan daging tubuhnya.
Oleh kerana itu, jauhilah barang haram, janganlah bergaul dengan orang yang usahanya haram, janganlah makan bersama orang yang usahanya haram, jangan menunjukkan kepada orang lain sesuatu yang diharamkan. Jangan menyarankan sesiapapun untuk mengambil barang haram. Jangan mewariskan barang haram kepada sesiapapun. Dan berilah nasihat kepada sesiapa pun agar mengambil barang haram.
Jika kamu melakukan sebahagian dari perbuatan itu, bererti kamu telah menolongnya. Orang yang memberi pertolongan adalah teman.”
No comments:
Post a Comment